Taufan Dorian kekal bahaya walaupun semakin melemah

Astro Awani
September 5, 2019 05:49 MYT
Taufan Dorian semakin melemah ketika ia bergerak sepanjang pesisir pantai Carolina Selatan dan Carolina Utara di Amerika Syarikat. -Gambar fail
Taufan Dorian semakin melemah ketika ia bergerak sepanjang pesisir pantai Carolina Selatan dan Carolina Utara di Amerika Syarikat pada Khamis malam.
Menurut kenyataan Pusat Taufan Nasional (NHC), Taufan Dorian yang sebelum ini membadai dengan kekuatan 180 kilometer sejam (km/j) semakin lemah dengan kelajuan angin 175 km/j pada Kategori 2.
Namun begitu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran bahawa Taufan Dorian masih merupakan ancaman kepada penempatan di pesisir pantai Carolina.
Taufan itu sebelum ini melanda kepulauan Bahamas dan menyebabkan banyak kemusnahan selain meragut nyawa 20 penduduk.
#Bahamas #Carolina Selatan #Carolina Utara #NHC #Pusat Taufan Nasional #Taufan Dorian
;