MANILA: Taufan Doksuri yang membadai utara Filipina pada Rabu, dengan hujan lebat dan angin kencang, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan lebih 11,000 hilang tempat tinggal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Doksuri mendarat di Pulau Fuga di luar wilayah utara Cagayan sebelum subuh, membawa angin berkelajuan maksimum 175 kilometer sejam (kph) dan tiupan sehingga 240 kph.
Jurucakap agensi bencana negara, Edgardo Posadas, berkata Doksuri menyebabkan bekalan elektrik terputus, pokok tumbang dan rumah rosak.
Seorang dilaporkan mati lemas di wilayah Rizal, timur Manila, manakala dua yang lain cedera akibat banjir kilat.
Puluhan penerbangan domestik dibatalkan, manakala perjalanan laut di kawasan terjejas digantung, menyebabkan 4,600 orang terkandas di pelabuhan
Menurut biro cuaca, angin kencang yang boleh mengancam nyawa dijangka berterusan di (utara Filipina) dalam tempoh enam jam akan datang.
Kekuatan Doksuri dijangka lemah sedikit apabila bertiup keluar dari Filipina pada Khamis. Taufan itu diramal menyeberangi Selat Taiwan dan mendarat di sekitar Fujian, China pada Jumaat.
Kepulauan Filipina dilanda purata 20 siklon tropika setiap tahun.
Taufan paling kuat pernah melanda ialah Taufan Super Haiyan pada November 2013, membunuh 6,300 orang dan menyebabkan lebih empat juta hilang tempat tinggal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023
![Taufan Doksuri badai Filipina, 1 maut, lebih 11,000 hilang tempat tinggal Taufan Doksuri badai Filipina, 1 maut, lebih 11,000 hilang tempat tinggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690365025_TBTyphoonDoksuri.jpg)
Jurucakap agensi bencana negara, Edgardo Posadas, berkata Doksuri menyebabkan bekalan elektrik terputus, pokok tumbang dan rumah rosak. - Gambar/ Reuters
AWANI Tonight 6 Feb 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Nearly 2,000 GLCs to face audits this year - PM
2. Job scams: Red flags to look out for in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Nearly 2,000 GLCs to face audits this year - PM
2. Job scams: Red flags to look out for in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
![Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738838298_OpPenyamaran.jpg)
Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.
![Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738849445_MaimunahMohdSharif.jpg)
Perkembangan siasatan dalaman salah laku projek DBKL diketahui minggu ini
Perkembangan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta akan diketahui minggu ini.
![Sindiket 'phone scam' makin berani, tipu pesara RM70,000 dengan taktik bersemuka Sindiket 'phone scam' makin berani, tipu pesara RM70,000 dengan taktik bersemuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726737106_scmageneric.jpg)
Sindiket 'phone scam' makin berani, tipu pesara RM70,000 dengan taktik bersemuka
Polis turut menegaskan pindahan panggilan antara agensi khususnya dalam kes 'phone scam' bukanlah cara kerja agensi kerajaan.
![Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81656909224_AzrilMohdAmin.jpg)
Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.
: Red flags to watch out for while job-seeking in 2025
With job scams on the rise, Nicholas Lam, Managing Director of JobStreet by SEEK Malaysia, highlights 2025’s emerging trends and tactics used to lure job seekers.
AWANI Tonight: Nearly 2,000 GLCs to face audits this year
Nearly 2,000 government-linked companies will undergo audits this year as part of the government’s efforts to address governance issues.
AWANI Ringkas: Sistem e-Selfaudit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (6 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [6/2/2025] – Tragedi helikopter di Bentong | Ziana, Jalaluddin, Sheikh Muszaphar beri keterangan | Garis panduan di rumah ibadat bukan Islam
- Jurutera maut dilibas bilah helikopter dalam nahas di Bentong
- Fokus keterangan tiga selebriti, SPRm teliti jumlah bayaran diterima
- Kabinet bincang garis panduan orang Islam dalam rumah ibadat bukan Islam
- Kementerian Pendidikan tidak kompromi pelajar hisap vape
- Fokus keterangan tiga selebriti, SPRm teliti jumlah bayaran diterima
- Kabinet bincang garis panduan orang Islam dalam rumah ibadat bukan Islam
- Kementerian Pendidikan tidak kompromi pelajar hisap vape
![Taufan Doksuri tahap 12 diramal badai Vietnam Taufan Doksuri tahap 12 diramal badai Vietnam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/41504162996_hujan.jpg)
Taufan Doksuri tahap 12 diramal badai Vietnam
Ia dijangka membadai wilayah tengah Vietnam termasuk wilayah Nghe An, Ha Tinh, Quang Binh dan Quang Tri.