Taufan Doksuri: Angka kematian meningkat kepada 30 di China

Astro Awani
Ogos 6, 2023 00:45 MYT
Seorang penduduk tempatan melintasi serpihan akibat daripada taufan Doksuri di kawasan penempatan di Mentougou, Beijing, China pada Jumaat lalu. - Gambar REUTERS
BEIJING: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam banjir di bandar berhampiran Beijing, menjadikan jumlah kematian akibat hujan lebat baru-baru ini di utara China kepada sekurang-kurangnya 30.
Pihak berkuasa tempatan melaporkan kematian dilaporkan di Baoding, kira-kira 150 kilometer dari Beijing manakala 18 orang dilaporkan masih hilang.
Taufan Doksuri, yang melanda tanah besar China pada Jumaat lalu, menyebabkan hujan paling teruk ke wilayah itu sejak 140 tahun lalu.
Lebih 600,000 daripada 11.5 juta penduduk Baoding telah dipindahkan dari kawasan yang dianggap berisiko.
Hujan lebat yang melanda timur laut China pada Sabtu melanda wilayah yang bersempadan dengan Rusia dan Korea Utara.
Amaran merah kekal berkuat kuasa di Beijing berikutan risiko seperti tanah runtuh.
Operasi pembersihan sedang dijalankan selepas hujan lebat, yang memusnahkan infrastruktur, membanjiri seluruh daerah.
China dilanda cuaca ekstrem dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Bencana alam menyebabkan 147 kematian atau kehilangan mangsa bulan lalu.
#taufan Doksuri #hujan lebat #tanah runtuh #kematian