Taufan di Taiwan ragut mangsa pertama

Agensi
Julai 8, 2016 13:39 MYT
Membawa angin kencang sehingga 234km sejam, Taufan Nepartak tiba di pekan Taimali di timur wilayah Taitung sejurus sebelum jam 6 pagi waktu tempatan. - Foto AFP/NASA
Taufan Nepartak yang melanda pantai timur Taiwan telah meragut mangsa pertama dalam kejadian pada Jumaat.
Kejadian angin kuat dan hujan lebat itu turut mencederakan 66 orang yang lain di sekitar kawasan berkenaan.
Seramai 15,000 orang terpaksa dipindahkan dari kawasan terbabit dan kebanyakan penerbangan telah dibatalkan serta bot nelayan dihentikan operasinya.
Biro Cuaca Pusat Taiwan melaporkan ribut berkenaan agak lemah pada pagi Jumaat di daerah Taitung sebelum ia terus menyebabkan hujan lebat di seluruh kepulauan.
Menurut pegawai Tindak Balas Bencana, taufan itu dijangka terus perlahan dan dikhutari hujan lebat akan mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di kawasan terbabit.
#Taufan Nepartak #taufan taiwan
;