Taufan Conson: 60,000 penduduk berdekatan pantai Vietnam dipindahkan

Astro Awani
September 11, 2021 05:17 MYT
Seorang nelayan dilihat sedang mengikat botnya ketika Taufan Conson membadai Filipina pada Selasa. - Foto AP/Aaron Favila
DA NANG: Ribut Taufan Conson yang mebawa hujan lebat membadai Vietnam pada Sabtu, beberapa jam lebih awal daripada ramalan.
Ribut itu dijangka tiba di bandar Da Nang pada pagi Ahad, namun tiba pada Sabtu, memaksa pihak berkuasa memindahkan sekitar 60,000 penduduk berdekatan pantai ke tempat perlindungan yang lebih selamat.
Ribut taufan itu juga menghentikan program vaksinasi COVID-19 di negara itu.
Dalam pada itu, pihak berkuasa memanggil pulang kapal nelayan untuk berlindung, sementara tentera dikerahkan untuk membantu petani menuai hasil tanian menjelang ribut.
Ribut Taufan Conson menuju ke Vietnam selepas membadai Filipina pada Selasa, menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa wilayah timurnya.
#taufan #Conson #Vietnam #ribut
;