Taufan Bulbul dijangka badai Bangladesh malam ini, ratusan ribu dipindahkan
Agensi
November 9, 2019 17:33 MYT
November 9, 2019 17:33 MYT
Kira-kira 100,000 penduduk yang tinggal berdekatan persisiran pantai dan pulau di Bangladesh dipindahkan ke kawasan selamat susulan Taufan Bulbul dijangka membadai negara itu pada Sabtu malam.
Jabatan Meteorologi telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran bahaya pada tahap tertinggi.
Taufan dengan kelajuan angin 120 kilometer sejam dijangka melanda barat daya Khulna berhampiran Sundarbans.
Menurut setiausaha pengurusan bencana negara, Shah Kamal, taufan tersebut akan tiba kira-kira 8 malam waktu tempatan.
Malah, pihak berkuasa turut merancang untuk memindahkan seramai 1.5 juta orang lagi jika keadaan semakin buruk.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat memaklumkan Taufan Bulbul tidak akan memberi kesan kepada negara.