Taufan Batsirai: 20 maut, 55,000 hilang tempat tinggal di Madagascar

Astro Awani
Februari 8, 2022 10:07 MYT
Seorang penduduk berada di luar rumahnya yang ranap selepas dibadai Taufan Batsirai, di bandar Mananjary, 7 Februari 2022. -REUTERS
TAUFAN Batsirai yang melanda Madagascar telah mengorbankan 20 mangsa manakala 55,000 yang lain kehilangan tempat tinggal.
Kejadian angin dan hujan lebat yang melanda pantai timur pulau itu pada Ahad dilaporkan semakin lemah dan kini bergerak ke barat daya.
Taufan Batsirai merupakan taufan kedua terbesar yang melanda di selatan Afrika tahun ini.
Para petugas sedang berusaha untuk menangani kerosakan disebabkan taufan itu.
Pengarah Program Makanan Sedunia turut memberi amaran bahawa banyak tanaman dilaporkan rosak dan ia mengancam bekalan makanan negara bagi tempoh beberapa bulan mendatang.
Ia termasuk beras yang merupakan tanaman utama yang bakal merisikokan keselamatan makanan untuk tempoh tiga hingga enam bulan akan datang sekiranya bantuan dan pemulihan tidak dilakukan.
#Batsirai #Madagascar #Keselamatan makanan #banyak tanaman rosak
;