Taufan Batsirai: 10 terbunuh, 45,000 hilang tempat tinggal di Madagascar

Astro Awani
Februari 7, 2022 09:15 MYT
Kereta tidak dapat melalui jalan raya yang dinaiki air selepas Taufan Batsirai melanda Vohiparara di Madagascar, 6 Februari 2022. -REUTERS
MAHANORO: Angin dan hujan lebat akibat Taufan Batsirai melanda Madagascar selepas membadai pantai timur pulau itu pada Ahad.
Difahamkan 10 orang terbunuh manakala sekitar 45,000 hilang tempat tinggal akibat ribut tropika berkenaan seperti yang dilaporkan pejabat kebangsaan bagi pengurusan risiko dan bencana.
Berpunca dari Lautan Hindi dengan angin ribut mencecah kemuncak 145 kilometer sejam, taufan itu mendarat berhampiran Mananjary, iaitu 500 kilometer dari timur ibu kota Antananarivo.
Menurut Jabatan Meteorologi pulau itu, Taufan Batsirai kini membawa bersama angin yang lebih perlahan apabila tiba di kepulauan berkenaan.
#Ribut Tropika #hilang tempat tinggal #taufan melanda Madagascar #Taufan Batsirai
;