Tarikh dan lokasi pertemuan bersejarah Trump dan Kim Jong-Un telah ditetapkan
Agensi
Mei 5, 2018 20:43 MYT
Mei 5, 2018 20:43 MYT
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan bahawa tarikh dan lokasi pertemuan bersejarah beliau dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un telah ditetapkan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.
Dalam satu kenyataan, White House berkata pertemuan bersejarah itu akan diadakan beberapa minggu lagi selagi syarat berhubung program nuklear dan beberapa syarat lain yang dituntut Amerika dipersetujui Korea Utara.
"Kita akan adakan perbincangan dengan Korea Utara dan banyak perkembangan yang positif terutama berhubung tebusan Amerika di sana. Kita akan lihat perkara baik akan berlaku,” kata Trump ketika menjawab soalan pemberita pada Jumaat.
Kerajaan Amerika sedang memeriksa laporan tiga warganya yang ditahan sejak beberapa tahun lalu di Korea Utara sudah dipindahkan dari kem buruh ke hotel berhampiran Pyongyang.
Ramai berharap mereka dibebaskan dari tahanan sebelum pertemuan itu.