Tanda pagar, frasa emosi banjiri media sosial selepas perbicaraan Donald Trump

Agensi
April 5, 2023 14:57 MYT
Senator New York dan Ketua Majoriti Senat Chuck Schumer berkata beliau percaya bahawa Donald Trump akan mempunyai perbicaraan yang adil yang mengikut fakta dan undang-undang.- REUTERS/Marco Bello
NEW YORK: Lambakan tanda pagar dan frasa penuh emosi berkaitan penahanan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump beredar di seluruh media sosial sejak beliau ditahan dan dibicarakan.
Ini berikutan perbicaraan atas 34 pertuduhan terhadap Trump termasuk memalsukan rekod perniagaan serta pembayaran wang secara rahsia pada 2016 kepada pelakon filem lucah Stormy Daniels.
Meninjau di Twitter, ramai individu termasuk pemimpin politik, selebriti dan pengguna di Twitter ‘turun padang’ ke platform untuk menyokong dan ada juga yang menghina bekas presiden itu.
Terdapat segelintir yang mendakwa tindakan dikenakan dilihat sebagai satu cubaan menjatuhkan Trump, manakala yang lain menyatakan mereka berharap Trump ke penjara.
Senator Mitt Romney memuat naik pautan kepada kenyataannya di Twitter, yang berbunyi, “Saya percaya watak dan tingkah laku Presiden Trump menyebabkan beliau tidak layak untuk jawatan.
“Walaupun begitu, saya percaya pendakwa raya New York telah berusaha untuk mencapai pertuduhan jenayah feloni agar sesuai dengan agenda politik.
“Tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang, bahkan bekas presiden, tetapi semua orang berhak mendapat layanan yang sama di bawah undang-undang.
"Tindakan keterlaluan pihak pendakwa menetapkan preseden berbahaya untuk menjenayah lawan politik dan merosakkan kepercayaan orang ramai terhadap sistem keadilan kita,” tulis bekas calon presiden itu.

My statement on the indictment announcement: https://t.co/xwP8Y2zi87

— Senator Mitt Romney (@SenatorRomney) April 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Romney seterusnya menyatakan bagaimana pertuduhan itu akan dikaji semula oleh juri, bahawa dia percaya pengundi Amerika akan "membuat pertimbangan mereka sendiri mengenai masa depan politik bekas Presiden" dan bahawa "semua pemimpin dipilih harus "menghalang keganasan dan kemarahan."
Senator New York dan Ketua Majoriti Senator Chuck Schumer berkata: “Saya percaya bahawa Donald Trump akan mempunyai perbicaraan yang adil yang mengikut fakta dan undang-undang. Tiada tempat dalam sistem keadilan kita untuk sebarang pengaruh atau ugutan luar dalam proses undang-undang. Semasa perbicaraan berlangsung, bantahan adalah hak Amerika, tetapi semua bantahan mesti dalam suasana aman."
Dalam masa sama, jutawan Elon Musk membalas tweet senator itu dengan kenyataan mengenai dua parti sistem keadilan jenayah.
"Untuk mengelak kehilangan kepercayaan orang ramai Amerika, adalah penting sistem keadilan kita melihat parti Demokrat dan Republikan dengan semangat yang sama. Mana-mana pihak yang paling mengutamakan keadilan sebelum nepotisme adalah pihak yang patut diberi kepercayaan," tulisnya.

To avoid losing the trust of the American public, it is important that our justice system pursue Democrats and Republicans with equal vigor. Whichever party most puts justice before nepotism is the one that deserves trust.

— Elon Musk (@elonmusk) April 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum penahanan dan perbicaraan, pelakon dan pelawak Terrence Williams menulis di Twitter, "BEBASKAN DONALD TRUMP," kemudian mengajak rakyat berdoa untuk keselamatan bekas presiden.
Beliau juga turut membandingkan hari penahanannya dengan hari Martin Luther King, Jr ditembak pada 4 April 1968.
"Ini sangat menyedihkan kerana saya tahu Trump tidak layak dilayan seperti ini," tulis Williams.
Meme dan kenyataan lain turut beredar di media sosial termasuk penggunaan tanda pagar dan frasa #LockHimUp, yang pernah diungkap Trump terhadap bekas lawannya dalam dunia politik, Hillary Clinton.
#Donald Trump #Amerika Syarikat #media sosial #pendakwaan mahkamah
;