Tanam janin di pantai, pasangan kekasih ditahan
Agensi
Mac 24, 2018 17:23 MYT
Mac 24, 2018 17:23 MYT
Sepasang kekasih ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menanam janin hasil hubungan terlarang pasangan itu.
Janin berusia lima bulan dikatakan ditanam di Pantai Bahari, di Polewali Mandar, Sulawesi, Indonesia.
Memetik Kompas.com, mereka ditahan selepas keluarga perempuan terbabit menemui video pasangan itu melakukan pengguguran bayi mereka menerusi telefon bimbit.
Polis kemudian bertindak menggali kubur berkenaan dan menemui sebuah bungkusan kain berisi janin.
Lokasi kejadian tidak jauh dari rumah kekasih itu.
Malah, lebih mengejutkan ini bukan kali pertama mereka menggugurkan janin berkenaan.
Namun pengguguran itu berjaya selepas kali kedua dilakukan.
Melalui video itu, wanita terlibat meminum sejenis ubat menggugurkan kandungan. Ubat berkenaan dikatakan berharga kira-kira RM300 (RM1 juta rupiah).
Selepas bayi dalam perut itu meninggal dunia dalam kandungan, kedua-dua mereka kemudian bertindak menanamnya di tepi Pantai Bahari.
Pasangan kekasih itu melakukan pengguguran janin berkenaan kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin.