Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21
Agensi
Januari 23, 2025 19:46 MYT
Januari 23, 2025 19:46 MYT
JUMLAH kematian akibat tanah runtuh di wilayah Jawa tengah meningkat kepada 21 orang, dengan lima lagi dikhuatiri masih hilang pada Khamis.
Menurut Ketua Agensi Pencarian dan Penyelamat Budiono, setakat pagi tadi, pihaknya telah menemukan mangsa-mangsa yang terkorban.
"Kami memberi tumpuan kepada dua lokasi itu dan sungai berdekatan. Mangsa mungkin telah dibawa ke sungai akibat arus,” kata Budiono seperti dilapor AFP.
Hujan lebat pada Isnin di kawasan pergunungan berhampiran bandar Pekalongan di wilayah Jawa Tengah mengakibatkan tanah runtuh sehingga merosakkan jambatan dan menimbus kereta serta rumah.
Kenderaan berat telah dikerahkan ke kampung Kasimpar yang paling teruk terjejas untuk mencari sisa-sisa rumah seorang pegawai tempatan, serta sebuah kafe yang dipercayai menjadi tempat beberapa mangsa tertimbus ketika mereka berlindung daripada hujan.
Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.