Tanah runtuh di Itali: Sekurang-kurangnya 8 maut, puluhan masih hilang
Bernama
November 26, 2022 00:16 MYT
November 26, 2022 00:16 MYT
ROM: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan sedozen lagi dilaporkan hilang pada Sabtu akibat tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat di pulau Ischia, selatan Itali, lapor media tempatan dan pegawai penyelamat.
Menurut Agensi Anadolu, memetik pihak berkuasa pulau itu, mangsa yang hilang termasuk bayi baru lahir bersama keluarganya yang tinggal di kawasan peranginan Casamicciola.
Kejadian berlaku kira-kira 5 pagi waktu tempatan, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 bangunan runtuh dan banjir lumpur turut menghanyutkan kenderaan.
Video dan gambar yang tular di media sosial menunjukkan tanah runtuh mengakibatkan bangunan dan jalan raya rosak.
Menurut pihak berkuasa tempatan, anggota penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi terjejas.
Datuk Bandar Ischia, Giuseppe Ferrandino berkata operasi menyelamat masih diteruskan dan orang ramai digesa untuk berada di rumah sehingga keadaan pulih.
-- BERNAMA