Tanah runtuh di Indonesia, 11 maut, 19 hilang

AFP
Januari 27, 2013 16:59 MYT
Dua kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang maut 19 lagi masih hilang di Pulau Sumatera Indonesia, kata pegawai bertugas pada Ahad.
Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan berkata, tujuh orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di daerah Agam di wilayah Sumatera Barat awal hari Ahad.
“Buat masa sekarang, tujuh orang dijumpai terbunuh dan tiga lagi cedera. 18 orang lagi masih hilang,” jurucakap agensi, Sutopo Purwo Nugroho berkata melalui kiriman mesej teks.
Menurut beliau, 15 buah rumah juga dilaporkan tertimbus disebabkan kejadian tanah runtuh ini.
Dalam satu keajdian berasingan, tanah runtuh disebabkan oleh hujan lebat lewat hari Sabtu lalu menyebabkan empat pekerja di tapak penggerudian kepunyaan PT Pertamina Geothermal Energy di daerah Kerinci di wilayah Jambi maut, syarikat itu berkata dalam satu kenyataan akhbar.
“Kejadian tersebut menyebabkan empat terbunuh, lima cedera dan seorang lagi masih tidak dapat dikesan. Kesemua mangsa adalah pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja menggerudi,” kata jurucakap syarikat tersebut.
Banjir dan tanah runtuh adalah kejadian yang biasa berlaku di Indonesia, memandangkan negara tersebut terdedah kepada hujan lebat yang kerap.
Hujan lebat di ibukota Jakarta bulan ini menyebabkan 32 kematian dan di memaksa hampir 46,000 penduduk meninggalkan rumah mereka yang dinaiki air.
#11 maut #banjir #Indonesia #Sumatera Barat
;