Tanah runtuh di India: 20 mangsa yang hilang masih belum dijumpai
Bernama
Ogos 7, 2023 22:13 MYT
Ogos 7, 2023 22:13 MYT
NEW DELHI: Pasukan penyelamat masih belum menjumpai 20 warga Nepal dan India yang dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di negeri Uttarakhand, India minggu lalu.
Tiga mayat telah dijumpai di bawah runtuhan tanah pada malam Khamis di Gaurikund, dua daripadanya warga Nepal dan 11 lagi masih hilang, lapor media Nepal.
Kejadian berlaku di laluan menuju ke kuil Kedarnath.
Menteri Luar Nepal Narayan Prakash Saud pada Sabtu menghubungi Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami, untuk meminta bantuan bagi mencari mangsa yang berasal dari Nepal.
Walaupun operasi mencari dan menyelamat secara intensif telah dijalankan oleh pihak polis dan petugas agensi bencana, namun tiada sebarang petunjuk mengenai mangsa yang hilang dijumpai setakat ini, menurut laporan media India pada Isnin.
-- BERNAMA