Angka kematian dalam bencana tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan di bandar Mocoa, Colombia meningkat kepada 301 orang pada Rabu, lapor Institut Perubatan Undang-Undang dan Sains Forensik Negara.
Menurut institut itu daripada 301 disahkan maut, 173 mayat telah dikenal pasti.
Selain itu, tujuh autopsi dijadualkan dijalankan untuk mangsa, kata institusi berkenaan.
Terdahulu, Presiden Colombia Juan Manuel Santos pada Rabu, mengatakan bencana tanah runtuh itu juga menyebabkan ramai penduduk masih hilang.
"Pagi ini seramai 467 waris melaporkan mengenai kehilangan ahli keluarga masing-masing. Daripada jumlah itu 153 berjaya dikesan, 119 daripadanya hidup selebihnya disahkan maut," kata Santos dalam satu kenyataan di Bogota.
Walaupun presiden tidak memberikan angka sebenar kematian tetapi berdasarkan jumlah aduan mungkin lebih daripada 200 orang lagi tertimbus di bawah runtuhan batu dan lumpur.
Sementara itu, pegawai Persatuan Palang Merah Colombia memberitahu EFE, persatuan berkenaan sedang mengesan lapan warga asing, tiga daripadanya warga Sepanyol yang dilaporkan hilang kerana gagal dihubungi sejak bencana berlaku. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2017
Bencana tanah runtuh itu juga menyebabkan ramai penduduk masih hilang. Gambar fail REUTERS
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Presiden Colombia tandatangani dekri larang eksport arang batu ke Israel
Presiden Colombia berkata larangan eksport arang batu itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan Netanyahu untuk menghentikan konflik di Gaza.
Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.
Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium
CONMEBOL mengumumkan, sepak mula ditangguhkan selama 30 minit hingga 8:30 pagi waktu Malaysia.
Copa America: Colombia ke final benam Uruguay dengan hanya 10 pemain
Colombia mara ke final Copa America 2024 selepas membenam Uruguay 1-0 dalam aksi separuh akhir.
Ribuan warga Colombia bantah reformasi di bawah pimpinan Gustavo Petro
Ribuan penduduk berarak di bandar-bandar besar di Colombia sebagai protes membantah reformasi politik, ekonomi dan sosial yang disokong Presiden Gustavo Petro.
Colombia usir duta Israel
Kementerian Luar Colombia pada Isnin menuntut duta Israel "meminta maaf dan keluar" selepas beliau mengkritik Presiden Gustavo Petro kerana kenyataannya mengenai konflik Israel-Palestin.
Piala Dunia Wanita: Colombia, Perancis ke suku akhir
Colombia menewaskan Jamaica dalam pusingan 16 Piala Dunia wanita untuk mencongak perhitungan suku akhir dengan England sambil Perancis pula menamatkan cabaran Maghribi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia
Insiden berlaku pada awal pagi di lombong arang El Roble dan El Manto 6 di Cucunuba, utara ibu negara Bogota.
Lelaki bakar bekas teman wanita hidup-hidup ditahan
Seorang lelaki yang didakwa membakar bekas teman wanitanya hidup-hidup ditahan di Colombia pada Rabu.