Tanah runtuh akibat hujan lebat di Nepal sekat akses ke ibu kota
Agensi
Julai 22, 2020 08:47 MYT
Julai 22, 2020 08:47 MYT
HUJAN lebat berterusan menyebabkan beberapa insiden tanah runtuh dan banjir di beberapa lokasi di Nepal pada Selasa.
Ia sekali gus menyekat lebuh raya utama yang menghubungkan sebahagian besar negara itu dengan ibu kota, Kathmandu.
Kejadian turut menyebabkan trak yang membawa bahan bakar dan bekalan terhalang dari memasuki jalan utama tersebut.
Menurut pihak berkuasa, terdapat beberapa kejadian tanah runtuh di sepanjang Lebuh Raya Prithvi yang merosakkan jalan tersebut.
Limpahan air sungai juga merosakkan jambatan di lebuh raya, menyebabkan ratusan kenderaan tersadai di kedua-dua laluan.
Jalan raya tersebut digunakan kenderaan penumpang dan trak kargo untuk membawa makanan, bekalan dan bahan bakar ke Kathmandu.
Sejak musim tengkujuh Nepal bermula bulan lalu, tanah runtuh, banjir dan kilat telah mengorbankan sekurang-kurangnya 131 nyawa dan menyebabkan 48 yang lain hilang.
#banjir
#hujan
#Kathmandu
#kenderaan tersadai
#laluan utama terhalang
#lebuh raya
#Nepal
#perhubungan terputus
#tanah runtuh
#tengkujuh