Tampil dengan jadual teliti, ini lima cara Chile jadi juara vaksinasi COVID-19

Isabelle Leong
Februari 22, 2021 16:11 MYT
Matlamat Kementerian Kesihatannya adalah untuk memvaksinasi lima juta orang pada akhir bulan Mac dan empat daripada lima rakyat Chile sebelum pertengahan pertama tahun ini berakhir. - Foto AP/Esteban Felix
BAGAIMANA Chile yang pada Mei lalu mencapai kadar jangkitan positif COVID-19 per kapita tertinggi di dunia, berubah '180 darjah' dan kini menjadi juara vaksinasi dunia?
Berikut lima langkah yang diambil kerajaan Chile sehingga dapat mengubah situasi pandemik COVID-19 di negara itu dengan begitu drastik:
1. Kerajaannya mengatur pembelian 35.7 juta dos vaksin yang bermakna ia akan memiliki kemampuan untuk memvaksinasi lebih daripada 90 peratus daripada populasinya.
2. Selain sekolah dan bangunan kerajaan, pihak berkuasa kesihatan telah membuka tapak vaksinasi di seluruh negara di tempat-tempat seperti pusat beli-belah dan stadium bola sepak.
3. Sementara negara-negara lain bergelut untuk membuat keputusan siapa yang harus mendapatkan suntikan vaksin terlebih dahulu selepas petugas barisan hadapan, kerajaan Chile tampil dengan jadual vaksinasi yang dilaksanakan dengan teliti dan rapi.
4. Kerajaan juga mengeluarkan mesej berbentuk perpaduan berkenaan penjarakan sosial dan penggunaan pelitup muka.
5. Matlamat Kementerian Kesihatannya adalah untuk memvaksinasi lima juta orang pada akhir bulan Mac dan empat daripada lima rakyat Chile sebelum pertengahan pertama tahun ini berakhir.
#COVID-19 #Chile #jadual vaksinasi #tapak vaksinasi
;