Taman tema dikecam paksa babi terjun bungee
Sinar Harian
Januari 21, 2020 09:02 MYT
Januari 21, 2020 09:02 MYT
Pengendali sebuah taman tema di wilayah Sichuan, China menerima kecaman ramai selepas memaksa seekor babi melakukan aksi bungee jumping dari menara setinggi lebih 70 meter.
Insiden di taman tema Mexin Wine Town di bandar Chongqing itu berlaku pada Sabtu lalu dan tular selepas rakamannya dimuat naik di laman sosial Weibo.
Dalam rakaman tersebut, dua pekerja teman tema dilihat mengangkat babi seberat 75 kilogram itu ke atas menara sebelum mengikatnya pada tali bungee.
Semua pekerja bersorak kegembiraan sebaik sahaja babi tersebut ditolak.
Sementara itu, pemilik taman tema yang enggan namanya didedahkan mempertahankan tindakan tersebut dan menganggap ia sebagai simbolik kepada penutupan tahun babi sebelum permulaan tahun tikus.
Katanya lagi, haiwan itu terus dihantar ke rumah penyembelihan sebaik sahaja 'tugasnya' selesai.
Negara China tiada undang-undang khusus bagi menghukum individu yang menganiaya haiwan.
Namun, tahap kesedaran rakyat di negara itu mengenai isu kekejaman terhadap haiwan semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Agensi