Taman tema didenda lebih RM10 juta, sebabkan kematian empat pengunjung

Agensi
September 28, 2020 10:28 MYT
Dreamworld didenda AS$2.5 juta susulan kematian empat pengunjung yang semasa melakukan aktiviti air Thunder River Rapids pada 2016. - Foto AP
SOUTHPORT: Sebuah taman tema popular di Australia, Dreamworld didenda AS$2.5 juta (RM10.4 juta) susulan kematian empat pengunjung semasa melakukan aktiviti air Thunder River Rapids pada 2016.
Kejadian yang meragut nyawa dua lelaki dan dua wanita itu berlaku selepas bot pelampung dinaiki mereka terbalik akibat bertembung dengan sebuah lagi bot yang kosong.
Kemalangan itu menyebabkan keempat-empat mereka, Cindy Low, Kate Goodchild, Luke Dorsett dan Roozi Araghi terbunuh susulan kecederaan parah yang dialami.
Dalam perbicaraan itu, pengendali taman tema itu, Ardent Leisure Group mengaku bersalah kerana gagal memastikan keselamatan pengunjung dan mendedahkan orang ramai kepada risiko kecederaan serta kematian.
Majistret, Pam Dowse berkata, Ardent Leisure Group tahu mengenai risiko kemalangan dan kecederaan sebelum kemalangan berlaku.
Dreamworld ditutup lebih sebulan selepas kemalangan itu.
Syarikat itu turut mengalami kerugian setiap tahun berikutan rekod buruk berkenaan.
#2016 #Australia #kemalangan #wanita #air #keselamatan #lelaki #bot #cedera #Taman Tema #Dreamworld #kemalangan bot