Tama, kucing ikon stesen kereta api Jepun, akhiri kerjaya

Agensi
Jun 28, 2015 15:47 MYT
Kucing yang telah menjadi ikon stesen kereta api di barat Jepun itu mati pada 22 Jun lalu akibat kegagalan jantung.
Tiada lagi kelibat Tama di Stesen Kereta Api Kishi.
Kucing yang telah menjadi ikon stesen kereta api di barat Jepun itu mati pada 22 Jun lalu akibat kegagalan jantung.
Tama dinamakan sebagai ketua stesen kereta api berkenaan pada 2007.
Dengan mengenakan topi khas, Tama lazimnya akan duduk di pintu masuk tiket.
Kehadirannya itu menarik perhatian penumpang terutamanya pelancong asing.
Tama umpama talian hayat buat perkhidmatan kereta api Kishigawa Line yang hampir muflis.
Sepanjang perkhidmatannya, Tama telah menjana sekitar $8.9 juta kepada ekonomi setempat.
Kematian Tama yang disemadikan pada Ahad pastinya meninggalkan kesan mendalam, bukan sahaja bagi warga kerja Stesen Kereta Api Kishi, malah seluruh penduduk kinokawa yang pernah berkongsi memori bersamanya.
#ketua stesen #Stesen Kereta Api Kishi #tama