Taliban umum gencatan senjata selama tiga hari sempena Aidilfitri

Astro Awani
Mei 24, 2020 12:00 MYT
Kepemimpinan kumpulan itu mengarahkan semua pejuang mereka supaya tidak menjalankan operasi ofensif ke atas musuh di mana-mana. - REUTERS
Taliban mengumumkan gencatan senjata selama tiga hari, bermula hari ini, sempena sambutan Aidilfitri.
Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani segera mengalu-alukan tawaran itu dan mengarahkan pasukan tenteranya untuk turut mematuhi gencatan senjata berkenaan.
Langkah mengejutkan itu menyusuli pertempuran berdarah selama berbulan-bulan dengan tentera Afghanistan.
Ia selepas kumpulan Taliban memeterai perjanjian bersejarah bersama Amerika Syarikat (AS) yang yang membuka laluan untuk pengunduran tentera asing dari Afghanistan.
Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, dalam satu kenyataan melalui media sosial memaklumkan, kepemimpinan kumpulan itu mengarahkan semua pejuang mereka supaya tidak menjalankan operasi ofensif ke atas musuh di mana-mana.
Sejak pencerobohan AS pada tahun 2001, hanya ada satu lagi pemberhentian pertempuran yang singkat, iaitu gencatan senjata selama tiga hari antara Taliban dengan Kabul sempena sambutan Aidilfitri pada 2018.
#Afghanistan #Aidilfitri #AS #Ashraf Ghani #gencatan senjata #media sosial #perjanjian bersejarah #pertempuran berdarah #presiden #Taliban #Zabihullah Mujahid
;