Taliban kecam kartun Nabi Muhammad, puji pengganas

AFP
Januari 15, 2015 19:50 MYT
Dalam edisi terbaru majalah terbabit, Nabi Muhammad dilukis dalam keadaan menangis dibawah tajuk "Semua dimaafkan", sambil memegang kertas yang tertulis "Je suis Charlie" (Saya adalah Charlie).
Taliban Afghanistan pada Khamis mengecam tindakan menerbitkan kartun terbaru Nabi Muhammad di Perancis, dan menyokong serangan ganas Islamis pada minggu lepas terhadap pejabat majalah Charlie Hebdo di Paris.
Satu kenyataan berbahasa Inggeris dari kumpulan berkenaan menyatakan mereka "sangat mengecam tindakan yang menjijikkan dan tidak berperikemanusiaan dan menganggap pelakunya, serta yang membenarkan dan menyokongnya (sebagai) musuh kemanusiaan".
Ia juga menambah, pengganas yang membunuh pekerja majalah tersebut pada 7 Januari itu telah "membawa pelaku yang melakukan tindakan tidak senonoh ke muka pengadilan".
Pada Rabu, Presiden Perancis Francois Hollande mengumumkan Charlie Hebdo sebagai "hidup dan akan terus bernafas" selepas edisi terbarunya merekodkan jualan tertinggi, dengan mengatakan Al-Qaeda bertanggungjawab di atas serangan tersebut.
Dalam edisi terbaru majalah terbabit, Nabi Muhammad dilukis dalam keadaan menangis dibawah tajuk "Semua dimaafkan", sambil memegang kertas yang tertulis "Je suis Charlie" (Saya adalah Charlie).
Pihak Taliban yang mentadbir kerajaan berbentuk Islam secara tegas di Afghanistan dari 1996-2001, berkata pemimpin dunia sepatutnya menghalang kartun tersebut daripada diterbitkan.
Mereka berkata penerbitan terbabit harus dihentikan untuk menghalang daripada "terus mengancam keamanan dunia", malah menambah jika ia tidak dilakukan maka "kepercayaan dan kesucian manusia sejagat akan dirosakkan dan dunia akan terus terjerumus dalam api kebencian dan peperangan".
Beberapa ratus orang mengadakan demonstrasi minggu lepas di Afghanistan tengah wilayah Uruzgan, memuji pengganas dan mengkritik Presiden Ashraf Ghani yang mengecam serangan tersebut di Paris.
Penghinaan yang terdahulu terhadap Islam telah mencetuskan protes yang ganas di negara Islam yang bersifat ultra-konsevatif itu.
#Afghanistan #Charlie Hebdo #Islam #Nabi Muhammad #Taliban
;