Taliban bersedia kawal penuh lapangan terbang Kabul

Astro Awani
Ogos 30, 2021 23:13 MYT
Taliban bersedia untuk mengawal sepenuhnya lapangan terbang Kabul setelah tentera Amerika Syarikat (AS) melakukan evakuasi terakhir. -Gambar fail
KABUL: Taliban bersedia untuk mengawal sepenuhnya lapangan terbang Kabul setelah tentera Amerika Syarikat (AS) melakukan evakuasi terakhir.
Dalam satu video, pihak Taliban mendakwa tentera AS telah memusnahkan sebahagian peralatan mereka.
Pentagon bersikap tegas mengenai operasi akhir pemindahan keluar.
Bagaimanapun belum ada waktu khusus yang ditetapkan bila pemindahan keluar tentera AS akan selesai ketika tarikh akhirnya dijadual pada Selasa.
Jurucakap Jabatan Negara John Kirby memberitahu, masih ada baki masa bagi AS untuk menaiki pesawat udara mereka yang boleh menampung lebih 100,000 penumpang.
#Taliban #tentera AS #lapangan terbang Kabul #evakuasi terakhir