Taliban benar 200 warga asing termasuk AS tinggalkan Afghanistan
Agensi
September 9, 2021 23:52 MYT
September 9, 2021 23:52 MYT
KABUL: Kira-kira 200 warga asing termasuk rakyat Amerika Syarikat (AS) dibenar menaiki penerbangan keluar dari Afghanistan selepas mendapat kebenaran kerajaan Taliban.
Proses evakuasi rakyat negara luar yang terkandas itu dilihat sebagai satu petanda positif sejak Taliban menguasai Afghanistan dan membentuk kerajaan sementara.
Menurut kerajaan Taliban, pihaknya membenarkan mereka yang mempunyai dokumen yang sah dan lengkap untuk membuat perjalanan keluar.
Mereka yang terkandas itu menaiki penerbangan Qatar Airways menuju ke Doha pada Khamis.
Terdahulu, Setiausaha Akbar Rumah Putih Jen Psaki mempertahankan rundingan berterusan antara AS dan Taliban di sebalik penyenaraian Sirajuddin Haqqani, yang menjadi buruan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), dalam Kabinet kerajaan sementara Afghanistan.
Psaki berkata keutamaan Washington ketika ini adalah untuk membawa pulang rakyat AS yang masih terkandas di Afghanistan.