Takut mati, nenek 'muka cair' enggan dibedah

Agensi
Disember 30, 2017 22:55 MYT
Boonmee menghidap Neurofibromatosis, sejenis kondisi genetik yang menyebabkan tumor benign tumbuh di tisu saraf. -Foto Mirror.co.uk
SEORANG warga emas yang mengalami kondisi wajah luar biasa enggan menjalani pembedahan biarpun ditawarkan bantuan kewangan kerana bimbang akan menemui ajal di dewan pembedahan.
Portal Mirror melaporkan keadaan Wiang Boonmee, 63 tahun, dari wilayah Surin, Thailand, mula mendapat perhatian selepas seorang wanita, Praew Wattana, yang terserempak dengan Boonmee di jalanan, berkongsi kisah pertemuan itu.
"Saya lihat dia tetap gigih mencari rezeki dengan menjual bunga dan aksesori wanita di tepi jalan. Dia tidak mengharapkan bantuan, jauh sekali mengemis.
"Saya terpanggil untuk membantunya," kata Wattana.
Kisah itu sampai ke pengetahuan Dr Sunura Ourairat, presiden Rangsit University, yang kemudiannya bertemu dengan Boonmee dan menawarkan bantuan perubatan.
Namun bantuan itu ditolak Boonmee yang memberikan 'takut mati' sebagai alasan.
"Saya sudah hidup dengan keadaan ini sejak berpuluh tahun lalu, tetapi saya sihat. Malah saya masih boleh mencari rezeki.
"Kalau saya menjalani pembedahan, tiada jaminan ia akan berjaya dan saya mungkin mati semasa pembedahan. Saya tidak mahu mati dengan cara begitu," katanya.
Keadaan yang dialami Boonmee dinamakan Neurofibromatosis, sejenis kondisi genetik yang menyebabkan tumor benign tumbuh di tisu saraf.
Di kebanyakan negara, keadaan ini boleh dirawat jika dirujuk kepada pengamal perubatan di peringkat awal.
#Neurofibromatosis #perubatan #Praew Wattana #Sunura Ourairat #Thailand #wanita #Wiang Boonmee
;