Taktik terbongkar: Putin didakwa perguna wanita seksi untuk raih undi

Agensi
Februari 26, 2018 21:46 MYT
Taktik itu dipercayai digunakan Putin untuk menarik golongan lelaki muda untuk memberi sokongan kepada kepimpinannya.
PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin, didakwa menggunakan taktik wanita seksi untuk menarik golongan lelaki muda mengundinya.
Portal Mirror UK melaporkan, video iklan yang memaparkan gadis-gadis seksi berpakaian separuh bogel itu mula ditayangkan beberapa hari lalu, dengan logo majalah Maxim tertera padanya.
Namun pihak majalah tersebut, yang terkenal dengan isi kandungan berunsur erotik, enggan mengulas apabila diminta memberi penjelasan siapa yang mengarahkan penyiaran iklan itu.
Biarpun Putin dijangka tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan kedudukannya presiden, taktik itu dipercayai digunakannya untuk menarik golongan lelaki muda untuk memberi sokongan kepada kepimpinannya.
Ketua Editorial Maxim, Alexander Malenkov mengesahkan majalah itu mempromosikan pilihan raya presiden sebagai sebahagian daripada "projek perniagaan khas untuk pelanggan yang tidak dikenali" dengan imbuhan kewangan yang belum dinyatakan.
Malenkov turut mengakui iklan itu kelihatan "agak tidak masuk akal" tetapi mengatakan ia adalah "salah satu daripada beberapa kompromi" yang terpaksa dilakukan pihaknya.
#Alexander Malenkov #lelaki #Maxim #pilihan raya #Rusia #undi #video #Vladimir Putin #wanita
;