Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang gagal di Brazil

Agensi
Disember 20, 2017 05:51 MYT
Menurut ejen persekutuan Brazil, geng terbabit melakukan operasi haram itu di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Rio De Janeiro. - Wikipedia/Fail
Taktik sorok dadah dalam bagasi penumpang menerusi penerbangan menuju ke Eropah berjaya digagalkan pihak berkuasa Brazil.
Serentak itu, 27 pengedar dadah yang paling dikehendaki diberkas.
Menurut ejen persekutuan Brazil, geng terbabit melakukan operasi haram itu di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Rio De Janeiro.
Kejayaan membanteras operasi berkenaan dilakukan selepas 10 bulan melakukan intipan, risikan dan maklumat.
Ia melibatkan kerjasama pelbagai pihak, antaranya kakitangan lapangan terbang, kastam dan beberapa individu dalaman.
#bagasi #eropah #intipan #kastam #Lapangan Terbang Antarabangsa #maklumat #operasi #Rio de Janeiro #risikan #sorok dadah