Wanita di Arab Saudi tidak perlu diwajibkan memakai 'abaya' atau jubah labuh bagi menunjukkan ketaatannya kepada agama, kata seorang ulama kanan negara itu.

Ahli Majlis Ulama Kanan, Sheikh Abdullah al-Mutlaq, berkata wanita Islam seharusnya berpakaian sederhana, tetapi ini tidak semestinya memakai abaya.

"Lebih 90 peratus wanita Islam yang taat kepada agama dalam dunia Islam tidak memakai abaya.

"Oleh itu, kita tidak patut memaksa orang ramai memakai abaya," katanya dalam satu temubual di sebuah program radio.

Arab Saudi antara negara yang mempunyai undang-undang paling ketat dalam mewajibkan wanita memakai jubah.

Wanita Arab Saudi kini tidak lagi perlu berjubah di tempat awam. FOTO: REUTERS

Pada tahun 2016, seorang wanita Saudi telah ditahan kerana membuka abayanya di tengah jalan utama di kota Riyadh.

Menurut laporan media tempatan, wanita itu ditahan selepas aduan difailkan oleh penguatkuasa agama.

Meskipun kenyataan Sheikh Abdullah tidak mengubah sebarang undang-undang, namun ini adalah kali pertama kenyataan sedemikian dikeluarkan seorang tokoh agama kanan.

Wanita Arab juga dikatakan telah mula memakai abaya berwarna-warni sejak kebelakangan ini, berbeza dengan warna hitam yang secara tradisinya biasa dipakai.

Wanita Arab Saudi mula memakai abaya yang berwarna- warni. Gambar hiasan

Abaya terbuka yang digayakan dengan seluar jeans juga sudah menjadi kebiasaan di beberapa negara.

Arab Saudi yang mempunyai sekatan antara paling ketat terhadap ksum wanita mewajibkan wanita berjubah negara itu.


Apa yang wanita Arab Saudi tidak boleh lakukan

September tahun lalu, Raja Arab Saudi telah mengeluarkan perintah membenarkan wanita memandu, satu-satunya amalan yang membezakan Arab Saudi dari negara lain di dunia ini.

BACA: Arab Saudi benar wanita memandu

Kemudian, golongan itu dibenarkan memandu trak dan juga menunggang motosikal, serta boleh mononton perlawanan di stadium.


BACA: Wanita Arab Saudi kini boleh memandu trak, menunggang motosikal

BACA: Selepas dibenar memandu, wanita Arab Saudi dibenarkan hadir ke stadium pula

Disamping itu, masih terdapat banyak perkara dalam kehidupan memerlukan wanita di negara itu memerlukan mereka meminta kebenaran daripada lelaki termasuk:
Sekatan-sekatan ini diturunkan ke sistem pengawal Arab Saudi. Sejak diasaskan, Arab Saudi telah diselaraskan dengan tafsiran undang-undang Islam yang ada kalanya dinterpretasikan secara ketat..

Selepas pemberontakan ekstremis pada tahun 1979, peraturan tersebut dikuatkuasakan dengan lebih ketat.