Tak elok buat begini - Azhar Harun

Astro Awani
Februari 12, 2019 10:28 MYT
AZHAR: Seksyen 420/466 dan 471 Kanun Keseksaan bukan seperti yang dinyatakan di dalam gambar ini. - Foto Twitter/@art_harun
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Harun meminta supaya orang ramai tidak tersalah menyebarkan undang-undang berkaitan kelulusan ahli parlimen.
Beliau turut mempersoalkan apakah motif utama penyebaran maklumat palsu berkaitan seksyen di dalam Kanun Keseksaan.
"Seksyen 420/466 dan 471 Kanun Keseksaan bukan seperti yang dinyatakan di dalam gambar ini.
"Tak elok buat begini," katanya menerusi akaun Twitter miliknya.

Pohon jangan sebarkan undang-undang palsu. Seksyen 420/466 dan 471 Kanun Keseksaan bukan seperti yg dinyatakan di dalam gambar ini. Tak elok buat begini. Apakah motif memalsukan seksyen di dalam Kanun Keseksaan dan disebarkan seksyen palsu sebegini? https://t.co/s1fh79tCWr

— Art Harun V 2.0 (@art_harun) February 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini tersebar maklumat mengenai ahli parlimen yang didapati bersalah menipu SPR menggunakan sijil-sijil palsu semasa bertanding boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 420/466 dan 471 Kanun Keseksaan.
#ahli Parlimen #Art Harun #Azhar Harun #palsu #Suruhanjaya Pilihan Raya
;