Tak cerewet: Putera Harry, Meghan Markle naik kelas ekonomi 'jer' ke Nice

Madiha Abdullah
Januari 2, 2018 11:11 MYT
Harry dan Markle pilih menaiki penerbangan kelas ekonomi dan bukan kelas pertama. - AP Photo/Frank Augstein
MEREKA mungkin pasangan diraja paling popular ketika ini, namun kedua-duanya lebih gemar hidup seperti rakyat biasa.
Putera Harry dan tunangnya, Meghan Markle, dilaporkan menghabiskan masa bersama Nice, Perancis, sempena cuti tahun baru.
Menariknya, pasangan itu tidak menaiki pesawat persendirian, sebaliknya memilih penerbangan biasa British Airways untuk ke destinasi percutian mereka.
Bukan itu sahaja, Harry dan Markle menaiki penerbangan kelas ekonomi dan bukan kelas pertama.
Portal Daily Mail melaporkan, pasangan yang bakal disatukan Mei depan itu juga tidak cerewet, sebaliknya selesa dengan tempat duduk yang diberi iaitu berdekatan dengan tandas.
Ada yang mendakwa, mereka sengaja berbuat demikian untuk mengelak daripada diekori paparazi, namun kesanggupan mereka untuk menaiki penerbangan tanpa menggunakan 'lesen diraja' mereka mendapat pujian.
Hanya ditemani tiga pengawal peribadi, Harry dan Markle bagaimanapun disambut oleh kawalan keselamatan yang ketat sebaik tiba di Perancis.
"Tiada permintaan dari Istana Kensington namun selepas apa yang terjadi kepada Puteri Diana, pihak berkuasa di sana tidak mahu mengambil risiko," kata satu sumber kepada portal tersebut.
#British Airways #ekonomi #istana kensington #Meghan Markle #penerbangan #pesawat #Putera Harry
;