SEORANG ibu warganegara China dilaporkan cuba untuk menghalang anak kapal daripada menutup pintu sebuah pesawat agar anaknya boleh menghabiskan sesi membeli-belah di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok.
Seramai 160 penumpang pesawat kos rendah China, Spring Airlines terjejas akibat kelakuan beremosi oleh ibu tersebut.
Peristiwa itu yang dirakam oleh salah seorang penumpang telah tular dalam kalangan netizen selepas dimuat naik ke media sosial ‘Douyin’ yang kebanyakannya digunakan di China.
Penumpang yang dikenali sebagai ‘Da Meng Ya’ itu mendakwa bahawa seorang penumpang wanita cuba untuk menghentikan pesawat tersebut daripada berlepas dalam perjalanannya dari Bangkok ke Shanghai.
Katanya, anak kepada wanita berkenaan belum sempat sampai di pesawat pada masa itu kerana masih sibuk membeli-belah.
Pesawat 9c8892 dijadualkan berlepas pada 3.30 pagi dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, di mana kedai bebas cukai dibuka selama 24 jam.
Peristiwa tersebut disahkan oleh syarikat penerbangan Spring Airlines yang berpangkalan di Shanghai kepada portal berita MailOnline, namun tidak mengesahkan hubungan ibu-anak antara dua penumpang itu serta jantina mereka.
Seorang wakil mendakwa bahawa penumpang yang cuba menghalang anak kapal daripada menutup pintu pesawat itu bertindak dengan penuh emosi.
Penerbangan selama empat jam itu ditangguhkan selama 30 minit, sehingga akhirnya kedua-dua penumpang berkenaan bersetuju untuk menyerahkan diri kepada pihak berkuasa.
Pesawat tersebut mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong pada pukul 9.14 pagi, lewat sejam daripada masa yang ditetapkan.
Spring Airlines membidas kelakuan mereka yang digambarkan sebagai ‘tidak bertamadun’ mankala netizen China pula menggesa pihak berkuasa dalam sektor pelancongan untuk meletakkan mereka dalam senarai hitam.
China National Tourism Administration (CNTA) pada 2015 melancarkan beberapa undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan kurang sopan, satu langkah oleh Beijing untuk meningkatkan kesedaran mengenai etika sebagai pelancong.
Agensi
Fri May 17 2019
Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Spring Airlines yang berpengkalan di Shanghai. - Foto REUTERS/fail
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan "sekatan tegas" ke atas Israel.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
Bersih sedia jadi perantara antara kerajaan, pembangkang
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sekali lagi menyataan kesediaan untuk menjadi perantara antara kerajaan dengan pembangkang bagi memastikan CSA atau MoU dijayakan dengan sebaik mungkin.
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.