Taj Mahal makin 'menguning', kerajaan India cemas

Agensi
Februari 12, 2018 17:07 MYT
Gambar foto menunjukkan Taj Mahal dalam warna asalnya. Warna Taj Mahal kini telah berubah akibat pencemaran.
SALAH satu dari tujuh keajaiban dunia, Taj Mahal, kini bertukar warna menjadi dari putih ke kuning keperangan, menyebabkan banyak pihak menyeru agar tindakan segera diambil pihak yang bertanggungjawab.
Portal Daily Mail melaporkan, monumen berusia lebih 400 tahun itu kini terjejas teruk akibat pencemaran yang mengakibatkan warna putih marmarnya berubah.
Para hakim di India menggesa agar bangunan ikonik itu dilindungi dari debu yang terhasil daripada pencemaran industri di kawasan berdekatan.
Mahkamah Agung India telah meminta pelan terperinci untuk melindungi tapak bersejarah itu, dan memberi amaran pendekatan ad hoc kerajaan negeri hanya akan memburukkan keadaan.
Hakim memberitahu kerajaan negeri Uttar Pradesh untuk menyerahkan dokumen yang menggariskan perancangan untuk melindungi Taj Mahal, dan ia perlu dikeluarkan dalam tempoh sebulan.
Hakim juga mempersoalkan kewujudan kilang pembuatan bahan kulit dan pembangunan hotel di lokasi berdekatan dengan bangunan itu.
Taj Mahal dibina oleh Maharaja Mughal, Shah Jahan, sebagai makam buat isterinya, Mumtaz Mahal, yang meninggal dunia pada tahun 1631.
#India #kerajaan #mahkamah #Mumtaz Mahal #pencemaran #Shah Jahan #Taj Mahal #Uttar Pradesh
;