Taiwan umum tiada kes baharu COVID-19 sejak 9 Mac

Astro Awani
April 14, 2020 07:35 MYT
Kali terakhir Taiwan mengumumkan kes jangkitan adalah pada 9 Mac, iaitu 36 hari lalu. -Gambar fail/Reuters
Taiwan buat pertama kalinya pada Selasa mengumumkan tiada kes baharu koronavirus di negara itu.
Kali terakhir negara itu mengumumkan kes jangkitan adalah pada 9 Mac, iaitu 36 hari lalu, lapor Reuters.
Pencapaian Taiwan mengendalikan COVID-19 mendapat pujian memandangkan negara itu terletak berhampiran dengan pusat penularan jangkitan di China.
Hanya 393 kes COVID-19 disahkan dengan enam kematian dilaporkan di pulau dengan penduduk sekitar 23 juta itu.
Susulan tindak balas agresif yang dilakukan lebih awal, Taiwan tidak perlu melaksanakan perintah kawalan pergerakan dan membolehkannya membuka sekolah, restoran dan pejabat.
#China #COVID-19 #koronavirus #pusat penularan jangkitan #Taiwan #umum bebas jangkitan
;