Taiwan rampas serbuk protein mengandungi bahan pengawet terlarang

Bernama
April 25, 2023 22:00 MYT
Sebanyak 1,380 kilogram protein dadih susu berperisa coklat telah dikembalikan atau dimusnahkan. - Foto fail
TAIPEI: Produk serbuk protein dadih susu yang diimport dari United Kingdom (UK) yang dirampas di sempadan Taiwan baru-baru ini, didapati mengandungi bahan pengawet yang dilarang, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Taiwan pada Selasa.
Ini adalah kali pertama dalam tempoh dua tahun produk dari UK. firma Myprotein diuji positif asid benzoik, lapor CNA.
Menurut FDA, "Myprotein-Impact Whey Protein, Natural Chocolate" yang diimport oleh TwinBrothers Co yang berpangkalan di Taoyuan mengandungi 0.1 gram asid benzoik setiap kilogram.
Sebanyak 1,380 kilogram protein dadih susu berperisa coklat telah dikembalikan atau dimusnahkan, kata FDA.
Di Taiwan, asid benzoik digunakan sebagai pengawet dalam makanan seperti sos tomato, jus dan mentega, tetapi penggunaannya dilarang untuk serbuk protein dadih susu, kata ketua bahagian Pusat Pentadbiran Serantau FDA, Chen Ching-yu.
Sementara itu, FDA turut mengeluarkan senarai 11 barang import lain yang gagal dalam pemeriksaan keselamatan baru-baru ini, barangan berkenaan sama ada akan dikembalikan ke negara asal atau dimusnahkan.
-- BERNAMA
#FDA #sos tomato #serbuk protein #barang import