Taiwan longgarkan peraturan pemakaian pelitup muka bermula 1 Disember

Bernama
November 28, 2022 15:50 MYT
Taiwan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan terbuka bermula 1 Disember 2022. - Gambar fail REUTERS
TAIPEI: Taiwan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan terbuka bermula 1 Dis, umum Pusat Perintah Epidemik Pusat (CECC) pada Isnin.
Untuk kawasan tertutup pula, Agensi Berita Pusat (CNA) melaporkan pemakaian pelitup muka semasa menyanyi seperti di bar karaoke tidak lagi diwajibkan, menurut CECC.
CECC juga merancang untuk melonggarkan lagi peraturan pemakaian pelitup muka berdasarkan beberapa peringkat.
Turut ditarik balik ialah larangan melarang individu yang menghadiri jamuan untuk beramah mesra dengan para tetamu. - BERNAMA
#Taiwan #pelitup muka #Taiwan longgarkan pemakaian #COVID-19
;