Taiwan keluarkan amaran taufan Haikui

Bernama
September 3, 2023 16:33 MYT
Biro Cuaca Pusat Taiwan juga mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang yang akan dikuat kuasa sehingga pagi Isnin. - Gambar/ AP
MOSCOW: Biro Cuaca Pusat (CWB) Taiwan pada Ahad mengeluarkan amaran di darat dan laut berhubung taufan Haikui yang dijangka mendarat di pantai tenggara pulau itu petang ini, lapor Sputnik.
Setakat 0515 GMT, taufan itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 14 kometer sejam (8.9 batu sejam) dengan tiupan angin sehingga 55 m sesaat (118.55 batu sejam), menurut CWB.
Biro itu juga mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang yang akan dikuat kuasa sehingga pagi Isnin.
Hujan lebat boleh mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh.
Pihak berkuasa memindahkan hampir 3,000 penduduk dari kawasan yang diancam taufan, beberapa media memetik Kementerian Dalam Negeri.
-- BERNAMA
#Taiwan #Taufan Haikui #amaran cauaca #bencana alam
;