Taiwan keluar amaran kecemasan, China lancar satelit
Agensi
Januari 9, 2024 17:19 MYT
Januari 9, 2024 17:19 MYT
TAIPEI: Pihak berkuasa Taiwan mengeluarkan amaran kecemasan di seluruh pulau itu hari ini, mendakwa satelit China melintasi ruang udara selatan wilayah itu kira-kira jam 3.04 petang waktu tempatan.
Memetik laporan Reuters, mesej ringkas tersebut dihantar oleh Kementerian Pertahanan kepada pengguna telefon bimbit di Taiwan tetapi tidak memberikan butiran tambahan.
Mesej berkenaan turut memberikan peringatan kepada orang awam agar menjaga keselamatan.
Sementara itu, agensi berita CCTV mengesahkan satelit tersebut dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di wilayah Sichuan China.
Satelit berkenaan dikenali sebagai Einstein Probe.
Pelancaran satelit dibuat empat hari sebelum rakyat Taiwan mengundi bagi memilih presiden baharu yang dijadual pada 13 Januari ini.