Taiwan digegarkan dengan gempa bumi berkekuatan 6 magnitud
Agensi
Jun 20, 2022 12:43 MYT
Jun 20, 2022 12:43 MYT
TAIPEI: Penghuni bangunan di sekitar Taipei merasai gegaran pada Isnin selepas kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.0 magnitud melanda kawasan pantai timur pulau itu, lapor Reuters.
Setakat ini tiada laporan tentang kerosakan besar yang diterima.
Gegaran dengan kedalaman 6.8 kilometer itu berpusat di daerah Hualien, yang memiliki kependudukan populasi yang tidak padat, ujar pihak berkuasa.
Gempa tersebut dapat dirasai di seluruh Taiwan.
Taiwan terletak berdekatan 'persimopangan' dua plat tektonik dan sangat cenderung untuk dilanda gempa bumi.
Lebih dari 100 orang pernah terkorban dalam satu kejadian gempa bumo di selatan Taiwan pada 2016, sementara gegaran sekuat 7.3 magnitud pada tahun 1999 telah meragut nyawa lebih daripada 2,000 orang.