Taiwan bertindak mengatasi Taufan Soulik

Astro Awani
Julai 13, 2013 02:39 MYT
Taiwan bertindak menutup sekolah sebagai langkah awal menghadapi Taufan yang membawa angin kencang dan hujan lebat ke pulau itu.
Anggota tentera turut dikerah bagi membantu memindahkan penduduk ke kawasan selamat.
Pihak berkuasa juga telah meletakkan beg pasir bagi menghalang banjir di kawasan-kawasan rendah.
Menurut Pusat Biro Cuaca Taiwan, Taufan Soulik berada 450 kilometer di timur laut membawa angin dengan kelajuan 173 kilometer sejam.
Ia turut meramalkan hujan lebat di utara taiwan pada jumaat dan selatan dalam beberapa hari.
#soulik #Taiwan #taufan