Tahun Baharu Cina: Sambutan kru Shenzhou-13 di angkasa lepas
Astro Awani
Januari 31, 2022 05:26 MYT
Januari 31, 2022 05:26 MYT
KRU Shenzhou-13 di Stesen Angkasa Tiagong menyambut Tahun Baharu Cina di angkasa lepas buat pertama kali.
Tiga angkasawan itu menghiaskan modul teras stesen berkenaan dengan tanglung dan seni tulisan kaligrafi ‘Chun Lian’.
Menurut media tempatan CCTV, semua hiasan itu dibawa kru ketika pelancaran ke Shenzhou-13 Oktober tahun lalu mebabitkan program selama enam bulan.
Mereka turut membawa ladu dengan pelbagai perisa untuk dinikmati sempena ketibaan Tahun Harimau pada 1 Februari.
Tiga angkasawan itu juga akan menonton gala Festival Musim Bunga 2022 secara langsung melalui siaran CCTV, iaitu persembahan hiburan dengan jumlah penonton paling besar di dunia.
"Dari stesen angkasa kami, saya ingin mengucapkan seluruh masyarakat Cina, selamat tahun baharu, kebahagiaan keluarga serta keamanan dan kejayaan buat tanah air," kata angkasawan Shenzhou-13, Ye Guangfu.