Tahun Baharu Cina dirai lebih awal di Argentina
Astro Awani
Januari 31, 2022 11:35 MYT
Januari 31, 2022 11:35 MYT
SELEPAS tidak meraikan Tahun Baharu Cina selama setahun akibat penularan wabak COVID-19, komuniti Cina terbesar di Buenos Aires dan penduduk tempatan berkumpul pada Ahad, bagi menyambut perayaan itu dua hari lebih awal.
Terdapat sekitar 200,000 orang dalam kalangan masyarakat Cina yang menetap di Argentina dan perayaan tahun baru lunar itu sudah menjadi sebahagian dari budaya di bandar Buenos Aires.
Tarian tradisional naga dan singa juga turut dipersembahkan, yang dianggap membawa tuah untuk tahun hadapan.
1 Februari menandakan permulaan tahun lunar dan tahun harimau.
Tahun harimau dalam kitaran 12 tahun astrologi Cina bermula pada Isnin, mengakhiri tahun lembu sebelum ini.