"Tahniah rakanku!" Ucapan Barack Obama kepada Biden

Nickyson Nyambar
Januari 20, 2021 23:55 MYT
Setelah hampir 30 tahun menanti, Joseph Robinette Biden Jr. atau Joe Biden, 77, kini menggalas tugas berat sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44, Barack Obama menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden sempena majlis angkat sumpahnya sebagai Presiden AS ke-46.
Ucapan itu dizahirkan menerusi akaun rasmi Twitter Obama @BarackObama dan disertakan gambar kedua-dua pemimpin negara itu.
Dalam gambar tersebut, Barack Obama dilihat memegang bahu Biden dari belakang dengan kapsyen, "Tahniah kepada rakanku, Presiden @JoeBiden! Ini adalah masa anda."
[LAPOR LANGSUNG] Menjelang majlis angkat sumpah Biden-Harris

Congratulations to my friend, President @JoeBiden! This is your time. pic.twitter.com/LXzxGnBAfz

— Barack Obama (@BarackObama) January 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat jam 12 tengah malam waktu Malaysia, gambar tersebut telah menerima lebih 100 ribu retweet dengan lebih 700 ribu likes.
Tanggal 21 Januari 2021 menjadi tarikh yang bersejarah buat dunia apabila negara Uncle Sam itu menyaksikan pelantikan Joe Biden daripada parti demokrat sebagai Presiden AS ke-46 di Washington pada Rabu.
Selain Biden, Amerika Syarikat turut melakar sejarah apabila menerima Naib Presiden wanita pertama, Kamala Harris.
#Barrack Obama #Joe Biden #Manjlis Angkat Sumpah Presiden AS #Amerika Syarikat #AS #Kamala Harris #Washington DC
;