Tahap tidak puas hati terhadap Kabinet Jepun catat paras tertinggi

Bernama
Oktober 17, 2023 20:41 MYT
Tahap sokongan untuk Kabinet Kishida merosot ke paras terendah baharu sebanyak 29 peratus daripada 31 peratus pada Disember 2022. - Gambar Reuters
TOKYO: Sebanyak 60 peratus rakyat Jepun tidak berpuas hati dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Fumio Kishida, menurut tinjauan oleh Asahi Shimbun pada Selasa, lapor Xinhua.
Tahap sokongan untuk Kabinet Kishida merosot ke paras terendah baharu sebanyak 29 peratus daripada 31 peratus pada Disember 2022.
Lebih dua pertiga (69 peratus) responden berkata mereka tidak menaruh harapan tinggi terhadap pakej ekonomi kerajaan yang bakal diumumkan pada Oktober.
Tinjauan yang dijalankan dari 14 hingga 15 Oktober melalui temu bual telefon secara rawak itu melibatkan 1,069 responden.
-- BERNAMA
#Kabinet Jepun #temu bual telefon #harapan tinggi #pakej ekonomi
;