Tadika musnah akibat serangan udara, tujuh terkorban

Astro Awani
Ogos 26, 2022 07:30 MYT
Orang ramai melakukan operasi mencari dan menyelamat di sebuah tadika yang musnah akibat serangan udara di Mekelle. - Foto REUTERS
MEKELLE: Sekurang-kurangnya tujuh terkorban akibat serangan udara ke atas sebuah tadika di Tigray, Ethiopia oleh tentera udara negara itu pada Jumaat.
Pegawai kesihatan memaklumkan, tiga kanak-kanak antara yang maut namun jurucakap kerajaan persekutuan menafikan orang awam terbunuh dalam insiden itu.
Menurut saluran berita tempatan, Tigray Television, serangan berlaku kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan, dan mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.
Laporan itu menunjukkan bangunan-bangunan rosak akibat insiden tersebut serta beberapa penduduk mendapatkan rawatan di hospital.
Ketua Eksekutif Hospital Ayder, Kibrom Gebreselassie memaklumkan dalam ciapan di akaun Twitter miliknya, empat mayat mangsa telah dibawa ke hospital berkenaan termasuk dua kanak-kanak.
Tambahnya sembilan individu yang cedera turut menerima rawatan di fasiliti berkenaan.

More casualties are arriving. The total number so far in our hospital is 13. Four of them are dead (two children).#MekelleAirStrike

— Kibrom (@kibrom30) August 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelasnya serangan udara itu terkena taman permainan kanak-kanak.
Terdahulu, Agensi Komunikasi Kerajaan Ethiopia berkata, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap kumpulan-kumpulan yang mencetuskan sentimen antikeamanan.
Justeru, agensi itu menyarankan orang ramai supaya menjauhkan diri daripada peralatan dan pusat-pusat latihan yang digunakan oleh tentera.
Konflik di Tigray yang tercetus sejak November 2020 telah mengorbankan ribuan nyawa di negara itu.
#tadika #serangan udara #terkorban #Tentera Udara
;