Syria putuskan hubungan diplomatik dengan Ukraine

Bernama
Julai 20, 2022 20:57 MYT
Syria pada Rabu memutuskan hubungan diplomatik dengan Ukraine sebagai tindak balas kepada langkah sama yang diambil Kiev pada bulan lepas. - Gambar hiasan/REUTERS
DAMSYIK: Syria pada Rabu memutuskan hubungan diplomatik dengan Ukraine sebagai tindak balas kepada langkah sama yang diambil Kiev pada bulan lepas, lapor Xinhua.
Kementerian Luar Syria ketika mengumumkan perkara itu turut mendakwa Ukraine telah bersikap agresif terhadap Syria sejak 2018.
Pada 2 Jun lalu, Ukraine memutuskan hubungan dengan Syria selepas Damsyik mengiktiraf kemerdekaan wilayah Donetsk dan Luhansk.
-- BERNAMA
#Syria #hubungan diplomatik #Ukraine #Kiev #Kementerian Luar Syria
;