Syria dakwa Israel lancar serangan udara di kem tentera di Damsyik

Agensi
Disember 3, 2017 13:18 MYT
Benjamin Netanyahu mengeluarkan amaran terhadap Iran berhubung operasi ketenteraan di Syria. - Gambar fail
TENTERA Syria mendakwa kem tenteranya di Damsyik dibedil Israel melalui serangan udara yang dilancarkan pada tengah malam Sabtu.
Menurut agensi berita tempatan dan pemerhati badan hak asasi manusia serangan terbabit berjaya dipintas senjata anti peluru berpandu bagaimanapun peluru berpandu terbabit jatuh di kawasan kem.
Buat masa ini belum ada sebarang kenyataan dibuat berhubung mangsa yang terlibat.
Tentera Israel yang dihubungi media antarabangsa enggan mengulas mengenai serangan tersebut.
Namun beberapa jam selepas serangan dibuat, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengeluarkan amaran terhadap Iran berhubung operasi ketenteraan di Syria.
Mesej langsung itu memberi amaran tidak akan bertoleransi dengan mana-mana negara yang mahu menghancurkan negara yahudi terutamanya Iran.
Israel turut mendakwa telah menembak jatuh pesawat dron milik Syria yang melakukan operasi intipan.
Ketegangan memuncak antara kedua-dua negara apabila israel mendakwa Syria telah melanggar perjanjian gencatan senjata 1974 apabila memulakan pembinaan di kawasan pertikaian di Golan.
#Benjamin Netanyahu #Damsyik #drone #golan #Iran #Israel #mangsa #operasi #pesawat #serangan #Syria
;