Sydney tempat paling panas di Bumi, suhu cecah 47.3 C!

Agensi
Januari 8, 2018 20:40 MYT
Ia hanya beberapa darjah lebih rendah untuk memecahkan rekod dunia iaitu 47.8 darjah Celsius yang dicatatkan di Richmond pada 1939. - Gambar fail REUTERS/Jason Reed
Jika sebahagian besar kawasan di utara Amerika Syarikat merekodkan suhu paling rendah ketika ini, lain pula ceritanya di Sydney apabila ibu kota Australia itu mencatatkan suhu paling tinggi.
The Sydney Morning Herald melaporkan Sydney menjadi tempat paling panas di dunia pada 7 Januari lalu dengan catatan 47.3 darjah Celsius.
Ia hanya beberapa darjah lebih rendah untuk memecahkan rekod dunia iaitu 47.8 darjah Celsius yang dicatatkan di Richmond pada 1939.
Cuaca panas digabung dengan angin kencang turut menyebabkan kebakaran hutan memaksa sesetengah kawasan mengharamkan pembakaran terbuka dan membuang putung rokok merata-rata.
Keadaan juga menyebabkan kualiti udara menurun dan mengganggu sistem penafasan penduduk.
#Amerika Syarikat #Australia #cuaca panas #kebakaran #rekod dunia #suhu tertinggi #Sydney
;