Syawal 'berdarah' buat Gaza
Agensi
Mei 13, 2021 22:38 MYT
Mei 13, 2021 22:38 MYT
GAZA: Syawal pertama disambut dengan penuh kesedihan dan kekecewaan oleh penduduk di Gaza.
Penduduk hanya mampu mengeluh melihat sisa runtuhan bangunan yang tinggal selepas bandar itu diserang tentera rejim Zionis sejak beberapa hari lalu.
Peniaga Zakaria Al-Halees berkata, kedainya musnah selepas tentera Israel melancarkan serangan bom di Menara Al-Sharouk.
"Saya pemilik kedai ini dan seperti yang anda lihat, kemusnahan ini besar disebabkan bom di Menara Al-Sharouk.
"Saya tidak tahu nak cakap apa. Ini hari raya pertama. Saya hanya mampu berdoa semoga tuhan membalas apa yang dilakukan mereka," ujarnya.
Menara Al-Sharouk, yang menempatkan biro saluran televisyen Al-Aqsa adalah struktur ketiga tertinggi yang musnah akibat tembakan Israel sejak kempen pengeboman bermula Isnin lalu.
Pejuang Islam Gaza melancarkan lebih 1,000 roket sejak Isnin, kata tentera Israel yang melakukan ratusan serangan udara ke atas kumpulan Islam di kawasan pantai di Gaza.