Syarikat teksi bermotor buat ujian 'bau tengik' untuk calon penunggang
Agensi
Januari 12, 2016 11:00 MYT
Januari 12, 2016 11:00 MYT
Dengan persaingan yang begitu sengit antara syarikat aplikasi teksi bermotosikal di Indonesia, pemain baru dalam industri itu perlu membuat sesuatu yang istimewa atau berlainan untuk mendapat perhatian.
Pengasas salah sebuah syarikat terbaru tersebut, Aris Wahyudi berkata beliau telah menemui satu cara unik untuk menarik pelanggan - penunggang atau pemandu yang badannya tidak berbau atau istilah lain, tidak tengik.
"Kami mengambil keputusan ini demi kepuasan pelanggan kami," kata Aris.
Beliau yang ditemui di tapak parkir bawah tanah dimana calon pemandu beratur untuk melalui pemilihan melalui bau ketiak mereka untuk 'ujian ketengikkan'
Sementara itu, Endang Ahmad, 37, mengambil serius tugasnya sebagai petugas yang bertanggungjawab memilih pemandu melalui bau.
"Saya sudah mengenalpasti beberapa jenis bau badan," katanya, sambil memegang sebuah papan nota yang digunakan untuk memberi markah kepada calon.
"Mereka yang berbau tidak menyenangkan akan ditolak," tambah Endang.
Syarikat tersebut, Uberjek, yang tiada kena mengena dengan Uber, adalah satu-satunya syarikat yang membuat pemilihan melalui bau, kata Aris.
Apabila syarikat tersebut dilancarkan dalam sebulan dua, ia dijangka akan menawarkan sehingga 3,000 pemandu yang boleh dinilai oleh pelanggan berdasarkan bau.
Pemandu yang mendapat penilaian negatif akan diberi amaran sekiranya tidak berubah.